Khamis, 29 Januari 2009

" Selamat Tinggal Giat Mara "


ari ne tanggal 30 januari 2009, genaplah 3 tahun aku d giat mara...
banyak kenangan yang aku ukirkan bersama kwn², Cikgu² dan juga Pelatih² baru...
kenangan d giatmara ini terlalu indah buat diri ini..apa daya aku...aku tdk mempunyai kudrat untuk menghalang semua nie...
kejayaan yang aku ukir bkan lah bt aku tapi untuk giatmara...
aku sedih untuk meninggalkan giat ne...
seribu kenangan yang tidak dapat aku lupakan...
"Firstly aku minta maaf ma kwn² jika selama ini aku berada d giat ini aku ada terkasar bahasa, tersilap kata maaf kan lah aku...namun jauh d sudut hatiku bersama dengan kamu aku rasa bahagia dan gembira sangat²...sehingga aku dapat lupakan masalah aku...aku pasti akan merindui kamu...kelak!!!..secondly, aku memohon seribu kemaafan dengan cikgu saridah bab aku mungkin terlalu banyak bt dia marah..besalah aku kan periang orangnyaa..heheh...tanpa cikgu saridah aku x akan jadi mcm nie...aku memohon pada mu cikgu maaf kan aku selama 3 tahun d sini...banyak kenangan kita kan????..alamak sedih pula aku rasa....!!aduh jatuh dah air mata ku nie...tapi aku btl² berterima kasih ngan cikgu saridah, tanpa dia aku tdk akan kenal sepa aku...dia terlalu bnyak bagi aku ilmu...aku ndak dapat membalasnya cikgu hanya ALLAH dapat membalasnya...3 tahun ne juga bt aku rasa diri aku sangat bermakna...sejak d giatmara ne aku jadi lebih berani dan lebih berfikiran terbuka untuk menerima apa yang telah di takdirkan buat aku...aku sayang ma cikgu aku...!!!!♥♥♥.....Thirdly, aku mau minta maaf ma cikgu zai sbb aku bnyak sakat dia...tp yg aku tau itu lah diri aku...aku tdk akan jadi org len yang hanya baik d depan tapi d belakang mengata²...Cikgu...selama aku d giatmara ne...cikgu lah orang pertama yang buat aku rasa kagum sbb cikgu "Only in The World" cikgu, aku minta maaf atas segala kesilapan aku selama ne dan aku harap doa² kan lah aku semoga berjaya d luar nnt..aku mau cikgu saridah pun doa² kan lah juga buat aku ya...ehehe...cikgu zai..mungkin aku pernah bt cikgu rasa marah...tp aku tidak lah sesempurna manusia yang tidak melakukan kesilapan..."Nobody's Perfect "..maaf kan aku cikgu zai...selama aku d giat ne banyak yang aku blajar dari cikgu...dan buat Cikgu Jamadil aku juga memohon kemaafan dari ujung rambut sampai ujung kaki sekiranya selama cikgu mengenali aku, aku ada terkasar bahasa, lalai kah atau yg len² maafkan lah aku...aku hanya insan biasa yang perlukan sokongan dan dorongan..untuk cikgu juga TAHNIAH !!!!...bab dapat cemerlang time Pegawai Penilai tu datang, aku gembira dapat mengenali cikgu..walaupun singkat namun kenangan tu tetap ada...terima kasih juga kerana membantu aku dlm apa² yang aku perlu kan...Cikgu jamadil Happy Birthday!!! umur cikgu pun dah meningkat...heheh...sama lah bha kita tu...kakkakka...jgn lupa ma aku ar cikgu bila udah berjaya nnt...kita kan kawan....Mcm lagu kumpulan Brothers tu.."Teman Sejati"..Biar sekalipun Bumi Beredar kenangan tetap bersemadi dalam hati ini...tangisan air mata sekalipun tidak dapat mencuci keindahan ini...Thank's a lot Because Being My GoOd Friend..as my teacher..hehehe..klu ada apa² yang cikgu tidak faham tentang tajuk² 2 jgn lah malu² tnya lah k...
o ya...sblm terlupa, terima kasih juga bab belanja makan tmpt kassim tu ye...halal kan lah mkn n minum aku...untuk bulan 3 ne, klu cikgu dah kluar giatmara...all the best k...Chayo²....semoga gembira d tmpat baru...n Don't Forget U Promises..heheh...belanja makan bila sda jd cikgu btl² nanti...heheh..aku tunggu tu cikgu..:) tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT SEJATI itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya jgn lupa aku ar cikgu jamadil..hahahah...and lastly, bt uncle azman n uncle sholah terima kasih setiap yang di ajar ma aku...hehehe...aku ndak lupa ma kamu juga k...all the best!!!
arrr...bt kawan² aku d tahap 3 teruskan perjuangan anda jgn mls² k...jgn pula kamu lupa ma aku ar...aku d kedai kak mul ja...wakakakakak....thanks jd kawan aku ar....LOVE U ALL....<>..

"Sunyi Di Hati"



Dikeheningan malam

Terpaku sepi sendiri

Dalam sinar temaram

Terasa sunyi hati ini

Ingin kuselalu

Dekat dengan dirimu

Namun semua itu

Kini akan berlalu

Berat rasanya hati ini

Meninggalkan dirimu

Hanya kau yang selama ini

Mengerti akan diriku

Hari-hari bersamamu

Takkan pernah kurasakan lagi

Dihatiku hanya satu

Engkau yang sangat kusayangi

♥ Rinduku ♥



Di bawah sinar rembulan yang merah

Di balik kisi jendela kamar

Ada rinduku menunggu

Membuat resah jiwa

Kuingat kamu

Disaat mata enggan dipejamkan

Kucoba untuk mengusir sepi

Kutulis kata ini dan kubayangkan

Kenangan yang pernah ada bersamamu

"Disini, didalam hati ini.... selalu Ada rindu untukmu"

Apakah kau cinta diriku


Getar bisikmu kudengar merdu

Aku tau kejujuran hatimu

Kau remas tanganku

Akupun membisu

Menahan rasa terharu

Masih ingatkah kau padaku

Masih adakah kasih sayang dihatimu

Kuingat kata mesramu dulu

Senang dan sedih dibagi berdua

Kini aku rindu kau jauh disana

Kukirim rindu untukmu jua

♥ Kesetiaan ♥


Dalam lubuk hatiku

Ungkapkan rasa sayang untukmu

Disetiap saat kau ada disisiku

Ingin kuselalu dihatimu

Setiamu tak kuragukan lagi

Untuk diriku ini

Kasih dan rasa cintamu

Menghangatkan jiwaku

Aku takkan berpaling darimu

Walaupun apapun yang akan terjadi

Aku selalu bersamamu

Nikmati hidup ini......

"Mengapa Diriku"


Rintik hujan turun

Dinginnya menusuk tulangku

Dalam hatiku tertegun

Apa yang sedang terjadi pada diriku

Aku merasa seseorang memandangku

Namun jauh entah dimana

Aku bertanya pada hati keclku

Dapatkah aku dekat dengannya

Rasanya tak mungkin

Sekuntum mawar telah tertanam dihatinya

Kutepis segala yang kuingin

Karena semua takkan menjadi nyata

Cahaya Cinta


Sejuknya desah angin senja

Menghantar kehadiranmu dihatiku

Lewat pesona hati yang kau taburkan

Dengan keluhuran nikmat dan cinta kasih

Cahaya hati yang padam kau nyalakan

Sejuta dukapun terpisahkan

Kau jadi rinduku

Adakah kau rasakan jua

Betapa hati telah terpaut

Jauh dalam sudut kalbu

Dan kian merindu

Rabu, 21 Januari 2009

" Pasangan Bahagia "







Apakah ciri-ciri orang yang bahagia? Kawan saya, Ustadz Lah menjelaskan ada empat ciri utama yang boleh dilihat pada orang yang bahagia mengikut Hadith yang diriwayatkan oleh Adailami yang menyatakan Saidina Ali pernah menyebut.


Pertama ialah mendapat pasangan yang baik. Ini bermaksud isteri mendapat pasangan suami yang baik manakala suami pula mendapat pasangannya yang baik. Di negara ini, rakyat perlu berkahwin mengikut agama dan undang-undang agar pasangan yang berkahwin dapat hidup dengan aman bahagia. Bagi pasangan Islam mereka diberikan pendedahan awal mengenai dunia perkahwinan melalui kursus pra-perkahwinan agar mereka bersedia untuk melalui alam rumahtangga.

Kedua ialah mendapat anak yang abrar. Anak abrar dimaksudkan ialah anak yang memberi sumbangan kepada ibu bapanya yang masih hidup. Penekanan terhadap anak abrar ini memaparkan tumpuan sumbangan anak-anak kepada ibu bapa yang masih hidup. Penempatan pelajar bijak di sekolah yang baik dan penghantaran mereka ke luar negara membolehkan anak-anaknya bekerja baik untuk membantu ibu bapa mereka.

Ketiga ialah sahabat yang baik. Setiap orang perlu mempunyai rangkaian sahabat yang baik yang boleh membantu dan menasihati mereka dalam semua bidang dan keadaan. Ada orang berkata sifat seseorang individu bergantung kepada siapa yang dikawani atau rakan bualannya. Pelajar yang salah memilih kawan akan ponteng sekolah dan mengabaikan pelajaran mereka. Malah mereka akan terjerumus menagih dadah jika berkawan dengan penagih dadah. Dalam bidang politik, jika memilih kawan yang tidak baik, individu akan menerima padah kerana mendapat nasihat yang tidak betul. Begitu juga dalam bidang perniagaan, perlu mencari rakan kongsi yang amanah dan jujur.

Keempat ialah mendapat rezeki di negeri sendiri. Ini boleh dimaksudkan sebagai mencari rezeki di dalam negara kita sendiri. Ini bermakna rezeki yang tuhan kurniakan dalam negara itu dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya sendiri. Umpamanya di Malaysia, semua rakyat perlu mendapat nikmat yang sama bukan hanya pihak tertentu saja. Usaha membantu golongan yang miskin tanpa mengira kaum perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat. Selain itu, usaha kerajaan mengawal harga barang keperluan mempamerkan usaha untuk memastikan rakyat menikmati kemajuan negara. Ada negara di mana rakyatnya tidak mendapat makanan asasi, menyebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan.


Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam


Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

" Istimewanya Wanita "


ISTIMEWANYA WANITA

" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

" Sabda Nabi S.A.W:

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


♥Ciri² Wanita Idaman Lelaki♥





  • Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
    Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.
  • Suka dimanja
    Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!
  • Jangan bersolek tebal
    Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!
  • Sentiasa menghormatinya
    Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.
  • Jangan terlalu kebudak-budakan
    Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!
  • Agresif
    Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif
  • Bukan materialistik make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!
  • Jangan ganas
    Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.




M
encintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.


Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai.

Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.

Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Segulung ijazah adalah lebih bermakna dari surat cinta.




Cinta itu sebenarnya sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta kepadanya.

Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.

Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.

Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.

Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan takdir kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.

Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.

For you...
...from the heart!


Anugerah Terindah Pernah Syg miliki….




Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me

Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…

Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna


Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak

Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya nampak awak dari McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv

Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih

Awak
Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak

Awak
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati

Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak

"Hargailah Tubuh Anda"











Wanita sering taksub dengan imej tubuh mereka. Berdiri saja di depan cermin dan dirasakan lemak di pelbagai tempat.


Siapa yang tidak inginkan perut langsing, pinggul kecil dan punggung padat malah ia membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin pada diri sendiri juga di mata umum.

Tetapi, obsesi tidak akan membawa anda kepada tubuh yang diinginkan sekali gus tidak mendorong diri untuk melakukan sebarang tindakan.

Justeru, langkah pertama adalah mula menerima diri sendiri dan mencintainya.

Hargai tubuh sendiri dan semua perkara yang sudah dilakukan untuk memperoleh tubuh sedemikian. Ikuti panduan berikut yang mungkin dapat membantu anda menghargai tubuh sendiri.

# Hindari perasaan untuk menilai diri di cermin

Cuba elak daripada membuat penilaian diri sendiri di hadapan cermin. Jika sedang melakukan senaman, cuba hindari fikiran daripada terlalu memberi tumpuan pada penampilan sebaliknya, fikir apa yang anda rasakan.


# Pakai pakaian yang membuatkan anda yakin pada diri sendiri

Cari pakaian terbaik untuk bentuk tubuh anda. Wanita cenderung mengenakan pakaian lebih besar untuk menutupi apa yang mereka miliki.

# Berhenti menimbang berat

Cuba elak daripada menimbang berat diri anda untuk sementara waktu. Anda tentu terkejut betapa bahagianya diri anda kerana tidak asyik memikirkan berat berlebihan.

# Tubuh adalah teman anda.

Fikirlah segala yang baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Hormati tubuh anda dan jangan berasa kecewa jika berasa anda tidak kelihatan cantik. Sebaliknya berpuas hati dengan bentuk tubuh yang dimiliki.

# Berhenti membandingkan diri sendiri

Sifat untuk meniru memang ada pada setiap manusia. Anda mungkin ingin meniru penampilan model bergaya di majalah. Namun, membandingkan diri anda secara terus-menerus dengan bentuk tubuh mereka mungkin kurang sesuai untuk anda. Belajarlah menghargai diri sendiri.

Isnin, 19 Januari 2009

♥ Me & France ♥



Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan

"Mulanya Cinta"



Tiada yang kan mampu
Menghadirkan cinta
Merangkai hatiku
Tapi ku t’lah yakini
Hanyalah dirimu
Berarti bagiku
Saat ini ku ingin kau beri
Kesempatan tuk wujudkan kepadamu
Jangan kau ragukan cintaku
Setulus hati ini kuserahkan seutuhnya untukmu
Bila kau yakini diriku
Menjadi sesuatu yang berarti
Di bagian hidupmu
Biarlah semua menjadi saksi kita
Janjiku kan setia
Kan terjaga tuk selamanya

Bergetar rasa hatiku,
Saat kau ucapkan cinta,
Meski lama menantikannya,
Telah kau buktikan kau tawan perasaanku,
Indah hariku hadirnya dirim
Menyintamu disaat ini hingga keakhirnya nanti,
Aku takkan berhenti menyayangimu oh selalu,

Menyintamu sedalam ini telah ku yakini,
Ku tak akan mampu untuk kehilangan dirimu….

Bergetar rasa hatiku,
Saat kau ucapkan cinta,
Meski lama menantikannya,
Telah kau buktikan kau tawan perasaan ku,
indah hariku hadirnya dirimu..
Menyintamu disaat ini hingga keakhirnya nanti,
Aku takkan berhenti menyayangimu oh selalu..

Menyintamu sedalam ini telah ku yakini,
Ku tak akan mampu untuk kehilangan dirimu…

Ku tahu hatimu..takkan (takkan)
Pernah kau tinggalkan diriku

Menyintamu (menyintaimuuu) disaat ini hingga keakhirnya nanti,
Aku (takkan berhenti) menyayangimu (selaluuu)..

Menyintamu sedalam ini telah kuyakini,
Ku tak akan mampu untuk kehilangan dirimu….

kesedihan mula menampak kan aku..


smalam aku sedih btl..
aku ndak sangka npa ne terjadi..
titisan air mata menjadi teman aku pabila mlm..
knapa smua ini terjadi...
kenapa dia berubah...

♥ Saat Terindahku Bersamamu ♥

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Pertama kali bersua tidak seperti kuduga hanya menutup mata masih belum terasa hasrat keinginannya tiada sebarang cinta Kini aku mengerti kesombongan ini hanya memakan diri rasa diriku ini sangat menyesali peritnya Rasa cinta kini mula membakar nyata keliru dan tak menentu ku bersalah kerna mengundang helah setiap kali kau menyapaku dan datang padaku Baru kini kutahu gamit mencucuk padaku membuat aku terpaku walau hampir terlewat ku ingin cuba merayu kembalilah kepadaku Perasaan diriku ini sangat mengesani peritnya rasa cinta kini mula membakar nyata keliru dan tak menentu ku bersalah kerna mengundang helah setiap kali kau menyapaku dan datang padaku
Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

♥ Dia Cintaku Pennon ♥




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
<>
♥ Pennon Yunus Gadong & Faridah ♥

Orang yang dicintai adalah peribadi yang disenangi, dirindui dan membuatkan orang lain bahagia saat berada di sisinya.


Fitrah kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain. Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai. * Positif Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan. Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu. * Ceria Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres. Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria. * Ramah Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa. Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai. Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu. * Ringan tangan Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan. * Rendah hati Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk. * Percaya diri Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu. * Pemaaf Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu. * Jujur Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

"Asyiknya"


Andai... Kau masih ingin jua Memilih aku untuk...Mu.. Oh..Andai.. Kau masih ingin jua Memilih hati akan ku setia... Sampai nanti ku menunggu Telah kau tahu... Cinta ku.. hanya lah untuk mu.. Selama.. hayat ku..Wooo Hanya padamu Kasihku.. Segalanya untukmu Hanya kau sayangku.. Sejak mula ku temukan hati mu Cintaku... Telah kau tahu... Cinta ku.. hanya lah untuk mu.. Selama.. hayat ku..Wooo Hanya padamu Kasihku.. Segalanya untukmu Hanya kau sayangku..

♥ Memiliki ♥

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

♥ Aku Sayang Padamu ♥


Pada tahun ini genaplah 8 tahun hubungan kami. Dalam masa yang begitu panjang banyak perkara yang dilalui suka duka silih berganti. Syukur alhamdulillah hubungan kami tetap bersama hingga ke saat ini. aku bahagia bersama kekasihku yang dicintai Pennon Yunus Gadong.

Aku disini akan tetap setia menanti dia. Walaupun kami berjauhan tetapi hati kami tetap bersatu, kasih sayang cinta kami tetap mekar mengharum. Kerinduan kami sentiasa bersemi setiap detik yang kami lalui. Walaupun kami berjauhan dan tidak bertemu tetapi aku yakin bahawa perasaan kami sama saling merindui dan semakin hari semakin sayang. Aku tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan cintaku Pennon Yunus Gadong.
.

Aku sentiasa panjatkan doa kehadrat Allah SWT agar merestui hubungan kami serta menjadikan cinta kami ini satu anugerah yang diberkati didunia dan akhirat kami tetap bersama. Hidup dan mati kami biarlah kami bersama.

Ya Allah bahagiakanlah kami berdua sentiasa bersama walau apa jua terjadi tak sanggup rasanya untuk kami berpisah.

Aku amat mencintai seorang lelaki yang bernama Pennon Yunus Gadong... Segalanya hanya Allah yang maha besar maha mengetahui. Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. Hambamu ini redha dengan segala dugaan yang telah Engkau berikan terhadap kami. Ya Allah tolonglah jangan pisahkankan kami lagi. Hambamu ini bersyukur dengan anugerah yang telah Engkau berikan ini. Hambamu ini benar-benar ingin sehidup dan semati dengan dia. Jadikanlah segala dugaan yang kami terima ini adalah satu penawar dan hikmah yang terbaik untuk kami berdua.

Walau apa jua keadaannya aku terima dirinya dengan seadanya. " Abg, Syg rindu sangat pada abg. hanya Allah saja yang tahu penderitaan yang syg alami ini. Syg disini tetap setia menanti abg. Syg mengharapkan Abg disana dalam keadaan baik dan dilindungi Allah selalu. Semoga diri abg terbela dan terlepas dari segala hukuman yang berat, dan jgn duakan syg, abg...syg tidak sanggup untuk menghadapinya..kekuatan yang telah syg pertaruhkan buatmu terlalu tinggi...
kesabaran membawa ku erti menyayangi dirimu...cintailah aku abg..

♥ Mencintaimu Selalu, Tiap Saat dan Waktu ♥
♥♥♥ I Love u Forever ♥♥♥
♥♥ Farenn ♥♥