Apakah ciri-ciri orang yang bahagia? Kawan saya, Ustadz Lah menjelaskan ada empat ciri utama yang boleh dilihat pada orang yang bahagia mengikut Hadith yang diriwayatkan oleh Adailami yang menyatakan Saidina Ali pernah menyebut.
Pertama ialah mendapat pasangan yang baik. Ini bermaksud isteri mendapat pasangan suami yang baik manakala suami pula mendapat pasangannya yang baik. Di negara ini, rakyat perlu berkahwin mengikut agama dan undang-undang agar pasangan yang berkahwin dapat hidup dengan aman bahagia. Bagi pasangan Islam mereka diberikan pendedahan awal mengenai dunia perkahwinan melalui kursus pra-perkahwinan agar mereka bersedia untuk melalui alam rumahtangga.
Kedua ialah mendapat anak yang abrar. Anak abrar dimaksudkan ialah anak yang memberi sumbangan kepada ibu bapanya yang masih hidup. Penekanan terhadap anak abrar ini memaparkan tumpuan sumbangan anak-anak kepada ibu bapa yang masih hidup. Penempatan pelajar bijak di sekolah yang baik dan penghantaran mereka ke luar negara membolehkan anak-anaknya bekerja baik untuk membantu ibu bapa mereka.
Ketiga ialah sahabat yang baik. Setiap orang perlu mempunyai rangkaian sahabat yang baik yang boleh membantu dan menasihati mereka dalam semua bidang dan keadaan. Ada orang berkata sifat seseorang individu bergantung kepada siapa yang dikawani atau rakan bualannya. Pelajar yang salah memilih kawan akan ponteng sekolah dan mengabaikan pelajaran mereka. Malah mereka akan terjerumus menagih dadah jika berkawan dengan penagih dadah. Dalam bidang politik, jika memilih kawan yang tidak baik, individu akan menerima padah kerana mendapat nasihat yang tidak betul. Begitu juga dalam bidang perniagaan, perlu mencari rakan kongsi yang amanah dan jujur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan