Khamis, 29 Januari 2009

Cahaya Cinta


Sejuknya desah angin senja

Menghantar kehadiranmu dihatiku

Lewat pesona hati yang kau taburkan

Dengan keluhuran nikmat dan cinta kasih

Cahaya hati yang padam kau nyalakan

Sejuta dukapun terpisahkan

Kau jadi rinduku

Adakah kau rasakan jua

Betapa hati telah terpaut

Jauh dalam sudut kalbu

Dan kian merindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan